Sunday, October 25, 2015

Sekolah Anak kami,Madrasah Darul Falah ,Jasin .Melaka

Terima Kasih , kerana sudi lawat, blog saya ini..didoakan anda kaya dan berjaya, Amin!!

Alhamdulillah..Nikmat Allah pagi ini terlalu banyak untuk dihitungkan!! Antara nikmat Allah yang jarang kita syukuri ialah.. nikmat islam.. Lahir lahir sahaja kita dah islam.. Jadi kita tak rasa besarnya islam itu. Cuba kita lihat orang yang Allah baru beri hidayah kepada mereka.Mereka sangat menghargai islam itu.. bukan senang nak dapat nikmat islam ini..

Islam kita , islam keturunan.. Jarang kita hargainya kan?Allah!!!
Ampuni kami.

Hari ini saya nak share tentang sekolah anak anak saya..Ramai sangat yang bertanya, dimana anak saya bersekolah.. setelah 2 tahun, baru saya nak share kan.. Maaf ye..

Saya tahu tentang sekolah ini, pun secara tidak sengaja.. Kami dapat jemputan untuk hadiri kenduri aqiqah kawan suami saya.Kebetulan kami berada di Melaka, Anak anak sedang cuti hujung tahun.Kami bawa mereka jalan jalan sambil menemani abah mereka membuat tugasan.Jadi,tiada hal untuk menolaknya..

Sesampai sahaja di sana, kami rasa best sangat tempat ini.. tenang je.. Bermula lah episod merisik , Alhamdulillah memang rezki kami.. kerana waktu itu memang sedang dibuka untuk pendaftaran untuk tahun hadapan..

Buah Hati Pendoa untuk kami..

Tetapi kami perlu datang minggu hadapan untuk temuduga anak saya, sekaligus pendaftaran.Alhamdulillah..


Ringkasnya.. Dapatlah anak kami, Kaklong  Ismah Sofiah untuk menjadi sebahagian dari keluarga Madrasah Darul Al Falah.Alhamdulillah!!

Mudahan dia menjadi anak yang solehah dan mudah dalam hafazan.

Terletak di daerah Jasin, kira kira 15 minit dari tol ayer keroh.kami biasanya ikut jalan dalam dari tol ayer keroh,mudah.

Dimadrasah ini, ada 2 bahagian, Pertama, Aliran hafizah.Dan yang kedua Alimah.Dan pentadbiran antara lelaki dan perempuan. dipisahkan.

Jika kita hendak berurusan untuk pelajar lelaki, kita kenalah berurusan dengan ustaz.Begitulah juga, sebaliknya.

Berbalik semula dengan 2 aliran tadi, Kita boleh pilih, mana satukah aliran yang kita mahukan untuk anak kita.Atau, apakah minat dan kecenderungan anak kita.Kita boleh pilih.

Untuk anak- anak kami( selepas setahun, kami daftarkan lagi 2 orang anak kami.Al Fateh dan Saajidah Mabrurah) ,kami memilih untuk ambil aliran hafiz/ hafizah terlebih dahulu.Barulah sambung ke aliran alimah.

Bagi kami, diusia muda ini ,mereka mudah menghafaz.Menjaga minda mereka. Alhamdulillah kak long sangat cepat menghafaz.Alhamdulillah.

Lagi satu yang menjadi tarikan kami, kekemasan dan displin.Susun atur barang barang mereka.Sangat kemas.Saya tak jumpa lagi sampah di sekeliling dan perkarangan madrasah.MasyaAllah.Ini sangat membentuk anak anak saya .Alhamdulillah.

Panglima  Muhammed Al Fateh As Sani.
Sekarang dah 2 tahun, kak long ismah sofiah belajar disitu.Minta kalian sedekah kan alfatihah untuk kak long,supaya mudah belajar.Alfatihah.



Ketika outing bersama mereka.Pergi ke majlis kahwin kawan di Melaka.

Bagi sesiapa yang membuat amal jariah untuk sumbangan kepada madrasah ini, amatlah dialukan.Mudahan ianya menjadi pemadam api neraka kita kelak.Amiiiin..


Salam sayang,
AdawiahNik Supermom
Shaklee dihatiku
0133426343.



0 comments:

Post a Comment